Monday 10 December 2012

“Awak Terlalu Cantik Untuk Saya”

Posted by miss vanilla at 21:52

AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin. Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri. Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk. Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin. Mata beralih pula ke arah skrin.
Bingung. Bujang begini, telinga panas diterjah soalan ‘bila nak berdua?’. Aku bukan jenis memilih. Aku pertahankan prinsip. Jodoh biar datang sendiri. Bukan dicari, bukan dikejar, bukan dihambat. Aku perempuan. Betul, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi jodoh takkan datang jika tidak dicari.
“Orang cantik macam kau ni pun susah dapat jodoh ke?”
Itulah yang selalu telinga aku dengar dari orang yang mudah menuding jari seperti menghunus pedang. Mudahnya menghukum. Kata-kata sinis yang mula membuat hatinya bengkak. Bengkak macam susu kotak yang dah kembung dek tercemar dengan Clostridium. Bila-bila masa boleh meletup. Memang aku tak pernah memilih dalam soal jodoh. Namun bila dicari pula, kata-kata inilah yang terucap. Setiap kali salam perkenalan dihulur, sang jejaka mula undur diri. Bingung. Terasa seperti dihina.
“Awak terlalu cantik untuk saya..”
Ah! Alasan. Aku pasti ciri itu dulu yang dicari sang jejaka! Ramai teman aku yang sudah berdua- nikah. Mereka memang cantik dan lawa..ayu. Tak ada pula alasan itu yang diberi bila mereka berkenalan.. Aku bingung! Pening aku fikir alasan lain. Setiap kali tanya, itu alasan yang diberi.. Tak logik! Sudahnya aku hanya melihat dari jauh. Tidak berani dekat. Tidak berani melangkau ke fasa seterusnya. Aku diam.
Salahkah aku dilahirkan cantik?
Salahkah aku dikurniakan wajah lawa?
Salahkah aku diberi wajah ayu?
Tak layakkah aku dicintai?
Tak layakkah aku dikasihi?
Aku cuma inginkan seorang calon suami yang baik.
Aku cuma inginkan seorang lelaki yang jujur.
Bukan rupa, bukan kaya, bukan, bukan…
Ikhlas.. Ya ikhlas terima aku..bukan kerana rupa…
Akhirnya aku terjebak ke kancah PJJ… Perhubungan jarak jauh. Tak perlu jumpa. Tak perlu tayang muka. Walau beribu kali sang jejaka ingin menatap wajah, aku sedaya upaya mengelak. Biarlah aku dituduh tidak jujur dalam persahabatan. Aku rela. Telinga aku sudah fobia dengan ungkapan begitu.
Aku pandang skrin komputer riba. Mug berisi kopi panas diletak atas meja belajar. Lama skrin itu ditenung. Masih berfikir ayat apa yang hendak ditaip.
Sesekali dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai yang mula memercik ke cermin tingkap berwarna mula menitik turun, mengalir perlahan membawa bersama rasa asid yang hadir dalam tompokan air dari kepulan awan. Lama aku renung. Warna pelangi mula menjenguk keluar bila disinari cahaya matahari . Cantik! Sungguh indah ciptaan Mu ya Tuhan! Kali ini aku senyum.
Pandangan aku alih pula pada skrin komputer. Lama menunggu. Tiada balasan. Wajah aku mula berubah corak. Hati mula tertanya-tanya. Tangan kiri menongkat dagu.
“Mungkin nasib aku begini.. macam ni..aku serah pada orang tua jelah..”
Aku melangkah longlai ke arah tingkap. Hujan renyai masih mencurah. Kali ini bersama air mata yang cuba ditahan. Aku menoleh kembali pada skrin komputer. Satu mesej diterima. Aku segera bergerak ke arah meja semula.
‘Maaf..kau terlalu cantik untuk aku jadikan suri hidup ku..’
Aku terdiam. Terkedu. Entah apa ter…lagi… Air mata mula tumpah. Semakin bingung. Tanpa paparan wajah juga aku ditolak. Apa yang harus aku lakukan lagi??? Mandi bunga??… Aku tak percaya semua tu.
SETAHUN berlalu. Hidup aku masih begini. Kini aku mula pasrah. Padanya aku berserah. Selama ini aku tidak pernah memilih. Aku juga ada naluri untuk memiliki. Aku mula memandang dunia ini tidak adil untuk perempuan seperti aku.
Otak mula memutarkan kembali kehidupan lalu aku. Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. Jadi tiada istilah kasih dan cinta pada sang jejaka. Aku dibesarkan dengan disiplin ketat. Tak boleh tu.. Tak boleh ini.. Pada ayah tak perlu cinta-cinta. Esok, kalau ada yang berkenan, terus kahwin.
Kata-kata itulah yang aku pegang. Tak perlu cinta. Aku hanya melihat teman-teman semuanya berdua. Ke hulu ke hilir. Aku takut. Takut untuk turut sama seperti itu. Aku terkontang- kanting seorang diri. Peristiwa dua tahun lalu yang mengajar aku begitu. Aku menyesal. Kata-kata ayah, aku sudah lupa tika itu.
************
“Kau okey ke?” 
Aku angguk tapi gementar.
“Kenapa muka kau pucat?”
Aku pandang sang jejaka di sebelah. ” Aku tak biasa..”
Sang jejaka tersenyum. “Aku bukan orang lain..nanti jadi bakal tunang kau juga.”
Aku pandang pula tasik. Hati mula gelisah. Itulah kali pertama aku bersama dengan sang jejaka di tempat begitu.
“Fikir apa?”
Aku menoleh. “Err..tak ada apa..”
Sang jejaka mula dekat. Semakin rapat.
Aku semakin berdebar. Duk dak duk dak.
“Kau cantik..”
Sang jejaka memuji, yang aku rasa entah ke berapa ratus kali masa ungkapan itu dilontar ketika berhubung di alam maya. Dan ini kali pertama aku mendengar dari mulutnya sendiri di depan aku.
Aku jarakkan tubuh ku bila terasa tangannya mula merayap menyentuh tangan aku. Aku jeling tajam.
Sang jejaka buat tidak kisah. Dia mula tarik tangan aku dan cuba menciumnya.
Di kala itu aku merasakan aku sudah berada di suatu tempat yang lain. Lain dari bumi ini. Satu suara bergema kuat gempita menerobos masuk ke cuping telinga.
‘Laa Taqrabuzzina!!!’
Aku terus rentap dan lari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Sejak itu aku nekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki lagi. Jika adapun, hanya urusan kerja. Tidak lebih dari itu. Dan… ungkapan ‘Awak terlalu cantik untuk saya..’ sebenarnya hanyalah satu alasan. Aku ditolak hanya kerana tidak melayan ajakan sang jejaka untuk bertemu. Aku ditolak hanya kerana aku tidak mahu berpasangan seperti sepasang kekasih yang memadu kasih. Aku dianggap kolot. Aku dianggap pentingkan diri. Aku dianggap sombong. Aku dikatakan berlagak dengan kecantikan aku. Aku…terlalu banyak dugaan ..tak terdaya untuk aku luahkan.
******
KINI aku bersimpuh di bumi barakah. Meratap kekesalan di masjidil haram, rumah Allah yang indah. Memohon keampunan dariNya. Aku memandang sayu Baitullah. Air mata laju membasahi pipi. Doa ku panjatkan agar aku bertemu jodoh dengan sang jejaka yang boleh terima aku seadanya. Al ~
Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur’an surat Al – Isro’ (17): 32
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
Air mata aku tumpah lagi. Aku lihat sekeliling. Betapa hinanya aku di situ namun aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih bertimpuh depan Kaabah.
Aku solat sunat tawaf sebaik selesai mengelilingi tujuh pusingan. Aku bersyukur kepadanya. Limpah kurniaNya, aku ditemukan dengan sang jejaka yang memahami aku. Aku bersyukur, di rumah Allah ini, sang jejaka yang bukan kacak, bukan kaya tapi penuh iman di dada.. 
*****
DI BUMI sendiri, aku memandang keluar tingkap. Hujan renyai mula membasahi bumi. Merenung jauh ke pemandangan hijau di luar. Pokok meliuk lentuk ditiup angin yang menerpa laju sekali-skala. Berdiri aku di tepi jendela yang usang. Kopi panas dalam mug aku hirup perlahan. Sesungguhnya aku tenang kini.
Sekali lagi aku melabuh punggung di tempat biasa. Skrin komputer aku renung lagi. Kali ini aku pasti mukadimah diri. Perlahan jari jemari aku menaip…
Maafkan aku..
Rapuh hati..rapuh jiwa..
Jalan itu yang aku lalui..
Meskipun rapuh…
Yang ku harap…
CintaMu yang bertakhta..
Maafkan aku..
Jika hati ini tak sempurna mencintaiMu..
Kerana aku rapuh…
Rapuh segala-galanya..
Aku senyum bila mendengar seseorang menyapa dari belakang . Aku menoleh.
“Abang..ada apa?”
“Buat apa, tak tidur lagi?”
“Belajar menulis puisi…”
[author ]Salma merupakan seorang yang meminati bidang karya dan penulisan. Beliau suka menulis cerita/cerpen yang berbentuk pengajaran.[/author]

0 comments on "“Awak Terlalu Cantik Untuk Saya”"

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

welcome to blog Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez