Monday 10 December 2012

“Awak Terlalu Cantik Untuk Saya”

Posted by miss vanilla at 21:52 0 comments

AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin. Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri. Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk. Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin. Mata beralih pula ke arah skrin.
Bingung. Bujang begini, telinga panas diterjah soalan ‘bila nak berdua?’. Aku bukan jenis memilih. Aku pertahankan prinsip. Jodoh biar datang sendiri. Bukan dicari, bukan dikejar, bukan dihambat. Aku perempuan. Betul, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi jodoh takkan datang jika tidak dicari.
“Orang cantik macam kau ni pun susah dapat jodoh ke?”
Itulah yang selalu telinga aku dengar dari orang yang mudah menuding jari seperti menghunus pedang. Mudahnya menghukum. Kata-kata sinis yang mula membuat hatinya bengkak. Bengkak macam susu kotak yang dah kembung dek tercemar dengan Clostridium. Bila-bila masa boleh meletup. Memang aku tak pernah memilih dalam soal jodoh. Namun bila dicari pula, kata-kata inilah yang terucap. Setiap kali salam perkenalan dihulur, sang jejaka mula undur diri. Bingung. Terasa seperti dihina.
“Awak terlalu cantik untuk saya..”
Ah! Alasan. Aku pasti ciri itu dulu yang dicari sang jejaka! Ramai teman aku yang sudah berdua- nikah. Mereka memang cantik dan lawa..ayu. Tak ada pula alasan itu yang diberi bila mereka berkenalan.. Aku bingung! Pening aku fikir alasan lain. Setiap kali tanya, itu alasan yang diberi.. Tak logik! Sudahnya aku hanya melihat dari jauh. Tidak berani dekat. Tidak berani melangkau ke fasa seterusnya. Aku diam.
Salahkah aku dilahirkan cantik?
Salahkah aku dikurniakan wajah lawa?
Salahkah aku diberi wajah ayu?
Tak layakkah aku dicintai?
Tak layakkah aku dikasihi?
Aku cuma inginkan seorang calon suami yang baik.
Aku cuma inginkan seorang lelaki yang jujur.
Bukan rupa, bukan kaya, bukan, bukan…
Ikhlas.. Ya ikhlas terima aku..bukan kerana rupa…
Akhirnya aku terjebak ke kancah PJJ… Perhubungan jarak jauh. Tak perlu jumpa. Tak perlu tayang muka. Walau beribu kali sang jejaka ingin menatap wajah, aku sedaya upaya mengelak. Biarlah aku dituduh tidak jujur dalam persahabatan. Aku rela. Telinga aku sudah fobia dengan ungkapan begitu.
Aku pandang skrin komputer riba. Mug berisi kopi panas diletak atas meja belajar. Lama skrin itu ditenung. Masih berfikir ayat apa yang hendak ditaip.
Sesekali dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai yang mula memercik ke cermin tingkap berwarna mula menitik turun, mengalir perlahan membawa bersama rasa asid yang hadir dalam tompokan air dari kepulan awan. Lama aku renung. Warna pelangi mula menjenguk keluar bila disinari cahaya matahari . Cantik! Sungguh indah ciptaan Mu ya Tuhan! Kali ini aku senyum.
Pandangan aku alih pula pada skrin komputer. Lama menunggu. Tiada balasan. Wajah aku mula berubah corak. Hati mula tertanya-tanya. Tangan kiri menongkat dagu.
“Mungkin nasib aku begini.. macam ni..aku serah pada orang tua jelah..”
Aku melangkah longlai ke arah tingkap. Hujan renyai masih mencurah. Kali ini bersama air mata yang cuba ditahan. Aku menoleh kembali pada skrin komputer. Satu mesej diterima. Aku segera bergerak ke arah meja semula.
‘Maaf..kau terlalu cantik untuk aku jadikan suri hidup ku..’
Aku terdiam. Terkedu. Entah apa ter…lagi… Air mata mula tumpah. Semakin bingung. Tanpa paparan wajah juga aku ditolak. Apa yang harus aku lakukan lagi??? Mandi bunga??… Aku tak percaya semua tu.
SETAHUN berlalu. Hidup aku masih begini. Kini aku mula pasrah. Padanya aku berserah. Selama ini aku tidak pernah memilih. Aku juga ada naluri untuk memiliki. Aku mula memandang dunia ini tidak adil untuk perempuan seperti aku.
Otak mula memutarkan kembali kehidupan lalu aku. Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. Jadi tiada istilah kasih dan cinta pada sang jejaka. Aku dibesarkan dengan disiplin ketat. Tak boleh tu.. Tak boleh ini.. Pada ayah tak perlu cinta-cinta. Esok, kalau ada yang berkenan, terus kahwin.
Kata-kata itulah yang aku pegang. Tak perlu cinta. Aku hanya melihat teman-teman semuanya berdua. Ke hulu ke hilir. Aku takut. Takut untuk turut sama seperti itu. Aku terkontang- kanting seorang diri. Peristiwa dua tahun lalu yang mengajar aku begitu. Aku menyesal. Kata-kata ayah, aku sudah lupa tika itu.
************
“Kau okey ke?” 
Aku angguk tapi gementar.
“Kenapa muka kau pucat?”
Aku pandang sang jejaka di sebelah. ” Aku tak biasa..”
Sang jejaka tersenyum. “Aku bukan orang lain..nanti jadi bakal tunang kau juga.”
Aku pandang pula tasik. Hati mula gelisah. Itulah kali pertama aku bersama dengan sang jejaka di tempat begitu.
“Fikir apa?”
Aku menoleh. “Err..tak ada apa..”
Sang jejaka mula dekat. Semakin rapat.
Aku semakin berdebar. Duk dak duk dak.
“Kau cantik..”
Sang jejaka memuji, yang aku rasa entah ke berapa ratus kali masa ungkapan itu dilontar ketika berhubung di alam maya. Dan ini kali pertama aku mendengar dari mulutnya sendiri di depan aku.
Aku jarakkan tubuh ku bila terasa tangannya mula merayap menyentuh tangan aku. Aku jeling tajam.
Sang jejaka buat tidak kisah. Dia mula tarik tangan aku dan cuba menciumnya.
Di kala itu aku merasakan aku sudah berada di suatu tempat yang lain. Lain dari bumi ini. Satu suara bergema kuat gempita menerobos masuk ke cuping telinga.
‘Laa Taqrabuzzina!!!’
Aku terus rentap dan lari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Sejak itu aku nekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki lagi. Jika adapun, hanya urusan kerja. Tidak lebih dari itu. Dan… ungkapan ‘Awak terlalu cantik untuk saya..’ sebenarnya hanyalah satu alasan. Aku ditolak hanya kerana tidak melayan ajakan sang jejaka untuk bertemu. Aku ditolak hanya kerana aku tidak mahu berpasangan seperti sepasang kekasih yang memadu kasih. Aku dianggap kolot. Aku dianggap pentingkan diri. Aku dianggap sombong. Aku dikatakan berlagak dengan kecantikan aku. Aku…terlalu banyak dugaan ..tak terdaya untuk aku luahkan.
******
KINI aku bersimpuh di bumi barakah. Meratap kekesalan di masjidil haram, rumah Allah yang indah. Memohon keampunan dariNya. Aku memandang sayu Baitullah. Air mata laju membasahi pipi. Doa ku panjatkan agar aku bertemu jodoh dengan sang jejaka yang boleh terima aku seadanya. Al ~
Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur’an surat Al – Isro’ (17): 32
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
Air mata aku tumpah lagi. Aku lihat sekeliling. Betapa hinanya aku di situ namun aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih bertimpuh depan Kaabah.
Aku solat sunat tawaf sebaik selesai mengelilingi tujuh pusingan. Aku bersyukur kepadanya. Limpah kurniaNya, aku ditemukan dengan sang jejaka yang memahami aku. Aku bersyukur, di rumah Allah ini, sang jejaka yang bukan kacak, bukan kaya tapi penuh iman di dada.. 
*****
DI BUMI sendiri, aku memandang keluar tingkap. Hujan renyai mula membasahi bumi. Merenung jauh ke pemandangan hijau di luar. Pokok meliuk lentuk ditiup angin yang menerpa laju sekali-skala. Berdiri aku di tepi jendela yang usang. Kopi panas dalam mug aku hirup perlahan. Sesungguhnya aku tenang kini.
Sekali lagi aku melabuh punggung di tempat biasa. Skrin komputer aku renung lagi. Kali ini aku pasti mukadimah diri. Perlahan jari jemari aku menaip…
Maafkan aku..
Rapuh hati..rapuh jiwa..
Jalan itu yang aku lalui..
Meskipun rapuh…
Yang ku harap…
CintaMu yang bertakhta..
Maafkan aku..
Jika hati ini tak sempurna mencintaiMu..
Kerana aku rapuh…
Rapuh segala-galanya..
Aku senyum bila mendengar seseorang menyapa dari belakang . Aku menoleh.
“Abang..ada apa?”
“Buat apa, tak tidur lagi?”
“Belajar menulis puisi…”
[author ]Salma merupakan seorang yang meminati bidang karya dan penulisan. Beliau suka menulis cerita/cerpen yang berbentuk pengajaran.[/author]

haluuuu..

Posted by miss vanilla at 21:48 0 comments
assalamualaikum .
 lamanya ta  menjenguk belog ini.
nsib bek lg la still igt password .
etceli , saya tlh pun mjdi pelajar universiti . bila ? msa blan september lg . skrg da disember kn .
 maknanya da lama la msuk utem neh . tp rsa sat ja msuk utem neh . rsa mcm bwu smlm jaa parent aq lempaq aq kt melaka negeri depa sayang bandar teknologi hijau . melaka bkan negeri  kelahiran aq okeee .
mcm2 la aq harungi segala rintangan  , resistor , diode , power supply ,n mcm lg la . kalu list nnt skali ngan technician haa aq boh .
bila masuk u neh kna rajin . rajin wt tutorial w'pun lect ta mntak . tp aq tggu dia mntak bwu aq wat . malasla na wt awai2 .aq okee  kt utem neh .
 emmm , okee , tp 1 la aq ta leh na buang sikap aq yg careless neh . aq tatau pasaipa .  aq dh cuba . tp still careless .

Tuesday 5 June 2012

Posted by miss vanilla at 07:52 2 comments
assalamualaikum .
fuhh, fuhh . behabuknya.
na tulih ap tatau ,  buleh dikatakan suma bdak matrik sau tahun da bercuti sebulan lamanya , depadepa nuu dok wt pa eh ? keja ka ? ka mcm aq jgak, mcm aq ? mcm mana eh . MENGANGGUR 

Wednesday 22 February 2012

Posted by miss vanilla at 23:50 0 comments

Pujaan Hati

Salam, Korg mesti pernah bercinta dan mungkin ada di antara korang pernah dikecewakan oleh kekasih korang. CINTA ITU BUTA DAN BOLEH MEMBUTAKAN ORANG YANG CELIK LAGI BIJAK PANDAI. Ini perkara biasa bila orang sedang ingin bercinta. Sekarang ini kita berbalik pada persoalan pokok kita tadi. Adakah korg bercinta atau pernah bercinta dulu dengan kekasih kamu orang semua berasakan kekasih korg adalah pujaann hati korg?? kenapa aku bertanya? kerana persoalan ini lah selalu timbul dikalangan kita semua sampai membuatkan terfikir sejenak adakah SHE OR HE ARE THE ONE? Jawapan kepada persoalan tersebut aku pun tidak tahu cuma berdasarkan pengalaman aku bercinta dulu kalau boleh jangan fikir sangat samada dia tu jodoh korg ke ataupun kalau korang dah brake pun jangan tak bercinta dengan orang lain sampi satu tahap mengatakan kepada diri korg bahawa dia lah jodoh korg dan korg tak boleh lupakan beliau.

Pada pendapat aku, lebih baik move on seperti biasa kerana segalanya2 akan terjawab bila korg dah khawin nanti. JODOH DI TANGAN TUHAN jadi tugas kita hanya mampu merancang dan TUHAN sahaja yg dapat menentukan.. Kita boleh berasakan seseorang itu pujaan hati kita? Nak tahu tak? Aku rasa korg lebih tahu daripada aku. Aku bagi tahu pada pengamatan aku makna pujaan hati ini ialah terpikat akan seseorang sehingga dapat membuatkan kita berasa selesa dengan beliau. Kadang2 bila kita bersama dengan kekasih, kita berasakan sesuatu yang unik sukar digambarkan oleh kata-kata akan tapi hanya hati berasakan kegembiraan tersebut . Setiap saat bersama dengan dia korang berasakan dia ada ciri-ciri korang kehendaki sebagai contoh dia hensem, tinggi, bijak, kaya, bergaya, kemas, baik hati, pandai memikat, lemah lembut budi bahasa, pandai agama, dan sebagainya. Apabila ciri-ciri korang dah dapat makna dia lah pujaan hati kalian semua. Jodoh dengan pujaan hati sangatlah berbeza kerana jodoh ditentukan tapi pujaan hati korang yang tentukan bagaimana ciri-ciri korang mahukan. Andai kata dia lah jodoh korang maka bersyukurlah korang kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kalau korang tak dapat pun korang kena bersyukur jugak kerana lama-kelamaan cita rasa korang akan mula berubah dan akan menerima ciri-ciri seadanya pada kekasih korang semua.

Cinta hadir melalui hati yang ikhlas berteraskan ciri-ciri islam yang bermaksud cinta tidak hadir melalui maksiat. Pujaan hati kita secara logik kita mahukan beliau pun ada ciri-ciri ke islaman walaupun tak banyak tapi sekurang-sekuranya ada fahaman teras tentang agama. Korang carilah pujaan hati korang sampi korang puas hati dan yang dah jumpa jagalah elok2 tapi kepada yang dah berpasangan tapi berasakan beliau itu pujaan hati korang lebih korang suruh lah dia cari yang lain kalau nak lagi molek korang sendiri cakap sebenar-benarnya pada dia mungkin beliau faham yang apa yang korang nak sampika

Thursday 16 February 2012

luahkan rasa cinta anda ..

Posted by miss vanilla at 04:59 0 comments
Kalau anda menyayangi seseorang dan dah mula terbit rasa cinta dihati, luahkanlah ia. Jangan simpan di dalam hati. Mana tahu dengan meluahkan perasaan cinta anda itu, akan membawa episod bahagia dalam hidup anda. Jika sebaliknya, janganlah bersedih hati sebab masih ada insan lain menanti anda.

Jadi, bagi anda yang malu2 or masih mencari cara2 untuk meluahkan rasa cinta anda itu. Anda bolehlah try petua di bawah ini. Selamat mencuba yaa!!

Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

Siapkan Mental  - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.
p/s : luahkan perasaan anda , jgn la dok pendam sgt takut nanti diri kita plak yg trseksa !

Wednesday 15 February 2012

syioooknya !

Posted by miss vanilla at 23:10 0 comments
assalamualaikum . boboi ad satu CERITA neh . na tau dak ? HARI NEH HARI YG BAHAGIA .YA ALLAH ,syoknya , tatau la na gambarkan btapa gumbiranya hati boboi sekeluarga ! sbenaqnya ari neh kna submit lab report fizik , experiment  ari ahad tu yg tajuknya kalu ta slah boboi la MAGNETIC FIELD .emm , mcm besa boboi mesti ta siap pnya la lab report tu .. n mcm besa jgak boboi akn wat ayaq copy la , ( org RAJIN )  mmg cenggini .  boboi pnjam si nana punya , dia da siap daa. baguih dia neh anak sapa la . tawanan boboi suma da siap da . ( bkan la suma ad la beberapa tawanan yg blum siap lagi , depa na submit ari ahad neh , ) so , lpas abeh jaa quiz listening boboi dgn lajuunya py la serambi pelajar , na wt ayaq copy kt situ , sjuk cket mata , tangan , jari  boboi na mencopy . msuk jaa serambi,  suma tmpat da full . ad 1 seat jaa yg ksong , n  ta tgk owg daaa , trus sambaq seat yg kosong tuuu . FUHH , LEGA DA BLEH DUDUK !  meja yg boboi duduk tuu ad bdak pompuan dok tgah wat report bi . yaa la , ari neh da kna submit . suma owg  pakat dok pulun laa . pulun habeh laa depa neh . ish , memang rajen la depa neh .  sambung blik cita boboi , lpas depa daa siap , meja yg boboi duk tuu pun kosong , tinggai laa boboi sensowang  . sedihnya . dok sat ad bdak laki  mai duduk , dlm hati boboi " mesti ta siap reja gak bdak neh , tapatapa , kita geng ! '' .   boboi wat bodo jaa la nan kehadiran bdak tuu malaih na amek port , reja boboi byk lagi neh , discussion pom ta siap lagi , so , boboi truskan reja boboi .   dalam dok ralit wt rejaa , nmpak budak yg mmg boboi admire like GILAK-GILAK .dia duduk sbelah boboi , syoknyaa , da la ensem , cehh , gatainya boboi ! dok sat , pastu dia bgun , laa , py mna plak jejaka idaman boboi neh , alaaa , ta  kan na balik daa kot . tggu la sat . eh , dia tarik krusi kt depan boboi la , ish , malunya boboi ,  etceli malu tapi mahu . HEHE . ish bdak neh awt dok usyaa aq , aq tau aq lawa ari neh . dok usya plak .  tapi sayang laa , keja boboi daa abeh na tggu ap lgi , angkat kaki laa .  tp sbelum tuu , snyum luu , kt jejaka idaman boboi . harap2 lpas neh bleh jumpa dia lagik , tinggai dua bulan jaa  bleh usya dia , lpas neh ta leh , daa  . tapi kalu ad jodoh kita jumpa kt uni yaa . byee .  HEHE .   I LUV U  , LUV U LIKE ORG GILAK !

Thursday 9 February 2012

wanita idaman,,,,,,

Posted by miss vanilla at 06:18 0 comments
Solat tepat waktu

- Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
- Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
- Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
- Bercakap dengan rendah suara.
- Lembut dan halus tingkahlakunya.
- Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
- Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
- Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
- Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
- Pandai mengambil hati orang tua.
- Menghormati dan taat ibubapa.
- Kesayangan keluarga dan tetangga.
- Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
- Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
- Rambut tak diwarnakan.
- Banyak dan murah dengan senyuman.
- Banyak mendengar dari bercakap.
- Senyuman adalah ketawanya.
- Tidak ketawa terbahak-bahak.
- Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
- Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
- Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
- Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
- Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
- Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
- Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
- Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
- Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
- Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
- Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
- Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

p/s : Tatapan ini lebih untuk peringatan buat diri sendiri agar sentiasa bermuhasabah , berwaspada dan sentiasa menjadi ke arah lebih baik...;D

Kata Imam Hassan al-Banna: "Asas kebaikan sesuatu bangsa adlh kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan perempuan kerana perempuan adalah guru dunia...." pendek kata, jika baik wanita itu, maka baiklah negara. Jika rosak wanita itu, maka rosaklah negara...

Ya Allah, Ya tuhanku! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah! Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah,
Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah!’’

amin............

yaa , cikgu !

Posted by miss vanilla at 05:20 0 comments
asssalamualaikum.

first time wt belog , sbelum neh dok skodeng belog owg jaa .  boboi tingin gak na berbelog neh .
dok berguru nan cik acimah td . baek ar cikgu tu , HEHE . TATAU la na tulih ap . nanti boboi berceloteh lg naa , BABAI .

welcome to blog Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez